cerun
in

Kerajaan mengenalpasti 31 kawasan hotspot yang berisiko berlaku tanah runtuh

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengenal pasti 31 kawasan hotspot di seluruh negara yang berisiko berlaku tanah runtuh. Kawasan ini termasuk Lembah Klang, Tanjung Bungah dan Paya Terubong di Pulau Pinang, Ipoh di Perak, Cameron Highlands di Pahang, Kundasang di Sabah, dan Bau di Sarawak.

Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Ramli berkata, pihaknya telah memantau 254 cerun kritikal di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

“Sejumlah 104 lokasi cerun telah diklasifikasikan sebagai cerun kritikal tahap tinggi dan sejumlah 97 dan 53 lokasi cerun diklasifikasikan sebagai cerun kritikal sederhana dan rendah.

“Berdasarkan pemantauan, sejumlah 37 cerun telah diambil tindakan mitigasi, manakala 15 cerun sedang diambil tindakan mitigasi dan 202 cerun dalam perhatian untuk tindakan selanjutnya,” kata Zamri dalam satu kenyataan.

398751445 718381886982147 4083006097412113234 n

Zamri juga berkata, JMG telah memetakan tujuh lokasi di Taman Eko Rimba (TER) yang berpotensi berlaku bencana geologi aliran serpihan. Lokasi ini adalah di Perak (TER Lata Iskandar), Selangor (TER Sungai Tua), Negeri Sembilan (TER Jeram Toi), Pahang (TER Chamang), dan Terengganu (TER Lata Payung, TER Chemerong, dan TER Air Menderu).

JMG menasihatkan orang ramai supaya peka dengan keadaan sekeliling terutama jika mereka tinggal di kawasan yang berisiko berlaku tanah runtuh.

Sumber: Facebook

maxresdefault 5

Treler rasmi kedua Godzilla Minus One beri lebih kemusnahan dari raja Kaiju

isteri ajak shiro

Ajak Shiro rayu perpindahan sekolah isterinya kerana masalah kesihatan akibat memandu lebih 152 kilometer setiap hari