2265126 1
in

Kerajaan akan permudahkan syarat kelayakan TVET untuk Orang Kurang Upaya

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mempertimbangkan semula syarat kelayakan orang kelainan upaya (OKU) menyertai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengumuman itu dibuat sebagai menjawab salah soalan seorang peserta OKU pada program “Meet Anwar” di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor pada Ahad. Peserta bertanyakan langkah kerajaan memastikan dasar memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU dipatuhi, dan keperluan untuk menilai semula syarat penyertaan TVET untuk OKU.

BHSARATVET 1693732126

Anwar berkata, beliau akan memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Pengerusi Majlis TVET, untuk melaksanakan perkara itu.

“Saya akan beritahu beliau walaupun ada kelonggaran untuk OKU, janganlah kenakan syarat seperti (perlu mempunyai) dua tangan. Syaratnya mesti yang ada keupayaan, jadi kita akan berikan ruang.

“Insya-ALLAH, ini boleh (dilaksanakan),” katanya.

Anwar juga berkata beliau akan membawa perkara penubuhan sekolah pendidikan khas di peringkat menengah di Johor dalam mesyuarat Kabinet bagi memastikan semua agensi kerajaan dan kementerian mematuhi dasar memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU.

tvet

“Saya akan bawa berkenaan sekolah pendidikan khas menengah. Saya tidak tahu ada hal ini (ketiadaan sekolah khas) kerana itulah saya melakukan Temu Anwar untuk mendengar suara rakyat walaupun ada yang memperlekeh program ini.

“Apa salah kita dengar (masalah seperti ini) bukan setuju semua, kalau tidak boleh jawab, saya bawa kepada Jemaah Menteri. Insya-ALLAH (cadangan bina sekolah menengah OKU di Johor) akan masuk dalam perancangan segera,” katanya lagi.

Sumber: The Star

hairul azleen tolak idola

Hairul Azreen kongsi kisah dirinya ditolak permintaan oleh idola sendiri sebelum bergelar artis

rahman wartawan paksa 6 enam ahli sekeluarga

Wartawan dikritik kerana terlalu paksa menemubual remaja yang hilang 6 ahli sekeluarga