menteri fadhlina sidek kkm
in

Kerajaan akan mewajibkan pendidikan sekolah menengah bagi mengekang keciciran pelajar

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam proses memuktamadkan dasar mewajibkan pendidikan menengah dalam usaha membendung masalah keciciran pelajar di negara ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keciciran pelajar tidak akan berlaku sekiranya kanak-kanak diwajibkan belajar sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah dasar baharu itu.

spm

Beliau juga berkata bahawa negara menghadapi masalah enrolmen di peringkat prasekolah dan sekolah menengah, tetapi bukan untuk sekolah rendah.

“Enrolmen sekolah rendah kita tiada masalah, 99 peratus, kita mencapai sasaran sejagat sebab kita ada dasar pendidikan wajib untuk sekolah rendah,” katanya.

Fadhlina berkata, bagi menyelesaikan masalah enrolmen di peringkat prasekolah, KPM memperluaskan bilangan prasekolah dengan menambah 118 lagi prasekolah baharu tahun ini.

Beliau berkata ini adalah langkah intervensi awal bagi mengelak keciciran pelajar di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

Snapinsta.app 365916740 260166853535854 7251145245410422138 n 1080

“Saya sangat bahagia melihat prasekolah dua sesi, ini menunjukkan prasekolah kita mendapat sambutan jauh lebih baik… sebab itu, kita kena dukung pendidikan awal supaya prasekolah berada di sekolah rendah,” katanya lagi.

Fadhlina juga berkata, intervensi awal penting dalam usaha kerajaan memastikan tiada keciciran pelajar termasuk mereka yang berkeperluan pendidikan khas. Katanya, intervensi awal membantu mengenal pasti keperluan pelajar ini dari umur empat hingga enam tahun.

Beliau berkata kualiti pendidikan di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain di Asia Tenggara kerana semua guru diwajibkan memiliki diploma pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar di prasekolah.

Sumber: Astro Awani

disney plus hotstar

Disney akan menyekat perkongsian kata laluan pada tahun 2024

khairy jamaluddin kj mekyun

Khairy Jamaluddin menikmati kerjaya sebagai DJ radio, berminat menjadi pelakon