401851198 313791204867136 5731717103137030857 n
in

Kementerian Kesihatan buka permohonan pasukan perubatan ke Gaza

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka permohonan untuk petugas kesihatan yang bersedia menyertai pasukan perubatan ke Gaza, Palestin, setelah kebenaran yang dibenarkan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa pasukan perubatan akan menjalani latihan komprehensif bagi menyediakan mereka menghadapi cabaran merawat mangsa kecederaan berkaitan konflik.

398969674 310601618519428 2261432525449083085 n

“Permohonan penyertaan dibuka secara dalam talian untuk mana-mana anggota kesihatan yang bersedia untuk dihantar ke sana.

“Kita berdepan dengan peperangan, latihan itu dari sudut fizikal, mental dan emosi kerana berdepan dengan peperangan ini, ia satu perkara yang sangat menekan.

“Jadi dari sudut persediaan lain-lainnya, saya yakin anggota kesihatan ini, mereka memang bersedia dari sudut rawatan dan sebagainya,” katanya.

Isnin lalu, KKM mengumumkan kesediaannya untuk menghantar pasukan perubatan ke Gaza sebaik sahaja kelulusan yang diperlukan diperolehi. Kementerian sudah mengenal pasti pasukan yang boleh digerakkan dengan segera.

Dr Zaliha mendedahkan bahawa dia telah berkomunikasi dengan kakitangan perubatan di Gaza yang sangat memerlukan bantuan dengan peralatan perubatan dan prosedur pembedahan berikutan jumlah korban yang tinggi di wilayah yang dilanda konflik.

399005172 310601901852733 7140636756048581880 n

Terdahulu, KKM memulakan usaha menyediakan bekalan perubatan ke Semenanjung Gaza. Bekalan ini termasuk alat consumable seperti syringe pump, suture, IV cannula, dressings dan bandage selain perkhidmatan neurosurgery dan surgical trauma.

Kementerian juga merancang untuk membekalkan ‘medical beds’, ubat-ubatan yang sesuai, dan akan terus memantau keadaan di Gaza dengan teliti.

Menurut data dari Gaza-Medics Worldwide, satu pertiga daripada 35 hospital di Semenanjung Gaza telah musnah. Usaha segera diperlukan untuk memulihkan dan meningkatkan kemudahan perubatan di hospital operasi yang masih ada.

Bekalan perubatan dan kepakaran tambahan itu bertujuan untuk menangani keperluan perkhidmatan segera dan mendesak penduduk Gaza.

Sumber: Astro Awani

Suhaimi Saad meninggal

Mohd Suhaimi Saad telah meninggal dunia

ustaz zamri

Timbalan Mufti Perak gesa batal konsert Coldplay sebagai hormati konflik Palestin