1630604272 phone
in

Keluar WhatsApp group kerana tidak tahan rakan kongsi gambar lucah wanita

Buruk-baik seseorang itu sebenarnya ditentukan oleh kehendak mereka sendiri. Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi kisahnya di Twitter tentang keputusannya untuk meninggalkan WhatsApp group yang toksik.

Fw8f7aTakAAANI4

“Korang kalau suka sangat snap dan share gambar punggung atau payudara wanita entah siapa-siapa, aku blah (keluar). Jangan masukkan aku lagi dalam grup ni.

“Semua dah besar, ada yang dah ada anak dan isteri, jadi fikir sendiri,” kata lelaki terbabit memberikan peringatan yang mendalam.

Beliau mendedahkan bahawa kumpulan WhatsApp yang disertainya bersama rakan-rakannya digunakan untuk berkongsi gambar-gambar wanita yang kurang elok. Setelah beberapa ketika, lelaki itu memberi teguran keras sebelum keluar daripada kumpulan tersebut.

“Korang dah ada keluarga. Mungkin bukan hari ni, tapi mesti akan kena punya suatu hari nanti. Ciao,” kata lelaki itu mengucapkan selamat tinggal.

Kata-katanya tegurannya itu telah menarik perhatian warga media sosial, yang melihatnya sebagai pengajaran berharga bagi mereka yang gemar melakukan kerja kotor sedemikian.

“Saya hanya mahu perjuangkan kebenaran. Tak rugi pun hilang member begini,” kata pemuda itu berprinsip.

Lelaki itu turut mengingatkan tentang kifarah atas tindakan baik dan buruk kita, serta mengingatkan rakan-rakannya bahawa dia hanya ingin mempertahankan keadilan untuk golongan wanita.

Sumber: Twitter

suami oku tolak motor

Suami OKU penglihatan terpaksa alihkan motor yang menghalang laluannya

Screenshot 536

Peninju Muay Thai berusia 16 tahun jatuhkan lawan selepas menjelirkan lidah kepadanya