warga asing jerut kucing
in

Kejam! Warga asing jerut kucing dileher, dan digantung di tingkap

Tindakan kejam terhadap seekor kucing di sebuah kediaman di Persiaran Intan Hulu Langat, Selangor, telah mengejutkan ramai pihak. Kucing hitam itu bukan sahaja diikat dengan wayar di lehernya, malah turut digantung pada bingkai tingkap pada kejadian Jumaat lalu.

warga asing jerut kucing 2

warga asing jerut kucing 3

Seorang penduduk menyedari kejadian tersebut pada jam 10 pagi, dan mengesyaki salah seorang penduduk berstatus warga asing bertanggungjawab melakukan perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan itu.

Individu itu didakwa melakukan perbuatan tidak berhati perut itu kerana tidak menyenangi kehadiran kucing jalanan yang berlegar di sekitar kawasan rumah yang didiaminya.

“Satu laporan polis dibuat secara rasmi semalam pada pukul 1.11 pagi di Balai Polis Batu 9 Cheras, Hulu Langat supaya satu siasatan terperinci terhadap penjenayah berkelas haiwan ini dilakukan menggunapakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan segera,” ujarnya.

warga asing jerut kucing 1

Arie Dwi Andika, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. Pihak berkuasa berkemungkinan besar akan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam tindakan kejam terhadap kucing itu.

Sumber: Twitter

vlcsnap 2023 06 05 17h52m59s003

Pemandu lori mengalami serangan jantung melanggar kereta dalam kejadian di Alor Setar

polis kereta curiga kulai

Kereta mencurigakan seperti polis cuba tahan pemandu di lebuhraya sekitar Kulai