ae283b81 lgbtq swatch pic 290523 1
in

KDN memberitahu terdapat tulisan LGBTQ di jam tangan Swatch yang dirampas

Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini telah merampas koleksi jam tangan Swatch, berikutan kehadiran istilah ‘LGBTQ’ pada jarumnya.

Akronim LGBT merujuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan tidak diketahui (questioning). Menteri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan model jam tangan serupa tidak dijual di negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Untitled 5 copy 1

KDN telah menjalankan serbuan ke atas 11 kedai Swatch di beberapa pusat beli-belah terkemuka, termasuk Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah pada 13 dan 14 Mei lepas.

Amaran turut dikeluarkan kepada lima kedai yang terletak di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru, dan Kuching.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek, telah menyatakan bahawa jam tangan yang dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri tidak memaparkan sebarang rujukan kepada komuniti LGBT.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa rampasan jam tangan itu bukan berdasarkan warnanya, sebaliknya kaitannya dengan perkara LGBT.

Sumber: Berita Harian

maxresdefault 10

Pek Polis Evo 3 kini boleh didapati dalam PUBG Mobile dari 27 Mei – 4 Jun 2023

kerja stesen minyakdipanggil tak pandai

“Hah! Belajar tak pandai la tu” – Hanya kerana bekerja di stesen minyak, gadis ini dipanggil kurang cerdik