social media sex 1597067865
in

Kadar jenayah berkaitan seksual dikalangan pelajar di negeri Selangor meningkat

Kadar jenayah seksual yang melibatkan pelajar sekolah menengah di negeri Selangor menyaksikan peningkatan ketara dalam tempoh empat bulan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mendedahkan sejak Januari hingga April tahun ini, sebanyak 155 kes jenayah seksual dilaporkan dengan 33 suspek merupakan pelajar sekolah menengah.

“Jumlah dan trend yang direkodkan ini amat membimbangkan kerana ia mencatat peningkatan agak mendadak berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Meskipun kebanyakan kes jenayah seksual ini dilakukan kerana suka sama suka antara suspek dan mangsa, namun ia diklasifikasikan sebagai jenayah kerana ia melibatkan remaja di bawah umur.

“Lebih membimbangkan, ada pelajar wanita berusia 12 atau 13 tahun telah menjadi mangsa jenayah seksual ini,” katanya pada Isnin.

Faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini termasuk perasaan suka sama suka, serta pendedahan kepada kandungan eksplisit di platform media sosial. Jelasnya, selain menjadikan rumah sendiri sebagai lokasi melakukan maksiat, perbuatan mungkar itu turut dilakukan di dalam kereta, rumah suspek, tempat kerja serta tandas awam.

“Meskipun pelbagai usaha dijalankan untuk memberi kesedaran, namun tugas utama daripada ibu bapa memantau aktiviti harian anak-anak adalah sangat penting.

“Komitmen daripada ibu bapa amat diperlukan supaya jenayah seksual dalam kalangan pelajar dapat ditangani dan mengelak remaja daripada berhadapan masa depan yang gelap,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

photo service dentalcleaning

Perkhidmatan MySejahtera diperluaskan kepada temu janji pemeriksaan gigi

dera mutiara rini

Tular video pengasuh mendera bayi di pusat asuhan dalam kejadian di Mutiara Rini, Johor