nestle pantai timur
in

Jualan produk Nestle turun sebanyak 20% di negeri Pantai Timur

Jualan produk Nestle di Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menurun sebanyak 20% berikutan pemboikotan jenama makanan itu.

Seorang pemborong makanan di kawasan itu memberitahu Nanyang Siang Pau bahawa jualan untuk Milo, mi segera dan serbuk kopi mengalami penurunan paling ketara.

Pemborong itu berkata, ini kerana terdapat banyak alternatif kepada produk Nestle di pasaran.

Beliau juga berkata walaupun produk Nestle di Malaysia mempunyai sijil Halal dan 90% daripadanya dikeluarkan di Malaysia, ia masih terjejas akibat boikot itu.

13937975 1210563948964622 6470035602416759563 o
Gambar hiasan

Nestle masih belum mengumumkan sebarang rancangan untuk mempromosikan produknya dalam usaha meningkatkan jualan.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Ding Hong Sing berkata, kempen boikot itu tidak menjejaskan PKS.

Beliau menjelaskan bahawa ini kerana Nestle adalah jenama terkenal yang dikaitkan dengan Israel, dan PKS tidak mempunyai kaitan dengan syarikat itu.

Ding Hong Sing percaya bahawa kempen boikot akan diteruskan untuk satu tempoh tetapi tidak akan bertahan lama.

Beliau berkata dalam tempoh ini, sesetengah pengguna mungkin bertukar kepada jenama lain, yang boleh membantu pembangunan perniagaan tempatan.

Sumber: MalaysiaGazette

b7dc46fa amira aisya abdul aziz 14923

Muda akan jalin kerjasama dengan Move Forward Party (MFP) dari Thailand

jalan selangor

Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk membina laluan khas motosikal di bandar