jakim ammar
in

JAKIM diminta siasat saluran YouTube yang memapar pergaulan bebas anak muda Melayu

Pengguna media sosial di Malaysia menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa lain untuk menyiasat saluran YouTuber yang telah memuat naik beberapa video memaparkan pergaulan bebas.

“Anak-anak kita, adik-adik kita mungkin selalu tonton video-video di akaun ni. Ramai anak muda minat mereka. Lelaki dan perempuan bercampur, tiada pantauan orang tua.

“Lepak seperti duduk di sebuah rumah dengan alasan kerja dan rumah itu sebagai pejabat. Ibarat pergi melancong bersama tetapi bilik asing.

“Isu ini sudah lama ditegur, namun mereka tidak kisah. Malah, ada video ‘prank’ mereka juga ibarat normalisasikan percampuran lelaki perempuan, ‘couple’ dan ‘prank’ kena tangkap basah pun ada,” tulisnya.

Video tersebut yang dianggap tidak sesuai untuk penonton muda dan dilihat sebagai mencemarkan Islam, telah mendapat pengikut besar pada akaun YouTube itu, yang kini mempunyai 2.65 juta pengikut.

Menurut tweet oleh @ConfessionLocal, dikhabarkan bahawa video itu dihasilkan di dalam rumah dengan kolam renang, tidak kira siang atau malam.

“Harap ibu bapa pantau anak-anak sebab mereka akan ikut apa yang dilihat. Tanpa disedari anak-anak kita dipengaruhi dengan budaya bebas ini.

“Banyak video ‘prank’ yang tak sudah, ‘prank’ hamil pun ada, pergaulan tidak jaga. Mereka siap ada peminat yang ada kumpulan Telegram. Saya menyeru, kita boikot kandungan mereka,” katanya.

Ramai individu telah mengkritik video dalam saluran tersebut, tapi nampaknya seperti tiada perubahan dari pihak sana, ini pastinya membawa kepada kebimbangan bahawa Islam seperti diperlakukan secara tidak hormat.

Sumber: Twitter

bunga coldplay

Bunga bersyukur dapat buat persembahan pembuka konsert Coldplay di Malaysia

asus rog ally 3299

ASUS Malaysia memberi petunjuk harga rasmi konsol ROG Ally adalah RM3,299