jakim featured image
in

Jakim akan ambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat dalam kegiatan politik

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang didapati terlibat dalam kegiatan politik.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya telah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib Jakim bertindak segera berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Kenaikan elaun guru KAFA dibayar secara tunggakan 01

“Tindakan ini diambil berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, malam tadi.

Hakimah berkata, Jakim memandang serius isu penglibatan politik oleh pegawainya kerana ia boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam.

“Sebagaimana yang sering diingatkan, semua warga kerja Jakim dinasihatkan agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang sedang berkuat kuasa.

“(Ini termasuk) tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam,” katanya lagi.

Kenyataan Jakim itu dipercayai merujuk kepada penglibatan pegawai kanan jabatan itu dalam kegiatan parti politik termasuk memuat naik mesej ekstremis agama.

Sumber: Utusan Malaysia

tmj keluar sekejap

TMJ menyatakan minat untuk muncul dalam podcast Keluar Sekejap

mb johor datok onn

MB Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengetuai pembersihan sungai Skudai