in

“Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan” – Ustaz Kazim Elias beri respon halang syarahan di Pulau Pinang

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias, dilarang memberi kuliah di negeri Pulau Pinang, berkuat kuasa serta-merta. Larangan itu dikenakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) selepas Kazim didakwa membuat kenyataan kontroversi dalam kuliahnya.

Dalam video yang tular di media sosial, Kazim mengesahkan larangan itu dan berkata bahawa dia akan menghormati keputusan itu. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid kerana menjemputnya memberi syarahan sebelum dimaklumkan mengenai larangan tersebut.

“Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampai kuliah, jadi saya ambil keputusan tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (semalam).

“Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah, tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.

“Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada April lalu.

“Jadi, semua program bermula malam ini sehingga bila-bila, saya tidak lagi terima sebarang jemputan di Pulau Pinang kerana mematuhi arahan ini,” katanya.

f kaz

Sementara itu, pengerusi masjid itu, Jaafar Talib berkata, beliau bersetuju dengan keputusan jabatan agama dan penceramah bebas itu. Dakwanya, Kazim sebelum ini menerima arahan itu sebelum datang ke masjid bagi menjelaskan arahan terbabit.

“Ustaz sudah datang, tetapi tidak dibenar menyampaikan kuliah. Beliau sering dijemput ke masjid ini bagi pengajaran agama selain membeli kuliah dan ceramah.

“Pada mulanya, saya sangka arahan itu adalah bagi masjid ini sahaja, rupa-rupanya untuk seluruh Pulau Pinang. “Beliau juga pernah tidak dibenar mengadakan kuliah atau ceramah di negeri ini pada April lalu,” katanya lagi.

Tidak jelas apakah tindakan khusus yang membawa kepada larangan itu, tetapi Kazim telah diketahui pernah membuat beberapa kenyataan kontroversi pada masa lalu.

Sumber: YouTube

Kawasaki Z250 ABS

Warna baharu untuk model 2024 Modenas Kawasaki Z250 ABS dan Z650 ABS kini terdapat di Malaysia

maxresdefault 44

Apple MacBook Pro baharu diperkenalkan: Cip M3, dan hayat bateri sehingga 22 jam