ikut resmi padi
in

“Ikutlah resmi padi” – Bekas Inspektor ini kongsi kisah sombong pangkat dan kuasa

Video tular yang menggambarkan seorang pegawai polis menggunakan bahasa kesat terhadap orang bawahan telah membawa perhatian kepada isu yang lebih luas dalam pasukan polis, seperti yang dijelaskan oleh seorang bekas pegawai.

“Sehari dua ni kecoh pasal sorang inspektor polis wanita yang terlalu sombong dan bangga sangat dengan pangkatnya.

“Seolah-olah dia punya level tu paling tinggilah berbanding dengan manusia lain kat dalam dunia. Ini cuma satu contoh yang kita nampak saja.

“Sebenarnya banyak je lagi orang yang perangai sama seperti dia dekat lain-lain agensi, samada kerajaan mahu pun swasta.”

Insiden ini bukanlah kes terpencil sebenarnya, hakikatnya ada ramai lagi orang yang sedemikian, yang lebihkan pangkat dan kuasa dalam mana-mana organisasi atau syarikat.

Bekas pegawai itu juga turut menyatakan berdasarkan pengalamannya sebagai Inspektor Percubaan, dia sendiri melihat penyakit itu dalam budaya pasukan polis.

“Dulu masa Aku Inspektor Percubaan pun, banyak pegawai atasan yang gila pangkat ni aku dah jumpa. Kalau boleh setiap kali dia lalu depan kita, mesti kena tabik dan beri salam hormat padanya.

“Kadang sehari tu sampai dekat sepuluh kali kena beri tabik hormat kat orang yang sama. Agaknya kalau takda orang beri tabik hormat maka tak nyenyak tidur malam kot rasanya orang yang macam ni.

“Penyakit gila hormat dan gila pangkat ni ianya tak kira usia. Semua golongan baik yang muda atau pun yang dah berusia pun sama saja.”

Beliau menekankan bahawa gelaran dan pangkat harus dianggap sebagai simbol kehormatan yang boleh diikuti oleh anggota dan pegawai bawahan, daripada memberi individu kebebasan untuk berkelakuan tidak beradab.

“Berpada-padalah dengan jawatan dan pangkat yang ada dibahu tu. Sampai masa bila dah pencen nanti tak ke mana pun pangkat yang kita ada tu.

“Faktor gelaran, pangkat, seniority dan usia bukanlah lesen untuk buat apa yang kita suka. Jagalah maruah anggota dan pegawai bawahan kita.

“Ikutlah seperti resminya padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi. Darjat, pangkat, kekayaan dan kemasyhuran hanyalah pinjaman sementara.

“Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik dari kita. Nak sombong sampai bila? Nafas tu pun Allah pinjamkan pada kita. Sampai masa ke tanah juga kita.”

Sumber: Facebook

oldest rubber tree

Pokok getah tertua di Malaysia berusia 146 tahun kini bernilai hampir RM200,000

maxresdefault 18

Inilah sebab Iedil Dzuhrie hilang haritu, ada misi Extraction di Pudu rupanya bersama Aaron dan Fify Azmi