Muhammad Syahril Saidi, pelajar cemerlang SPM yang telah mencapai keputusan 11A, berdepan kehilangan ibunya yang tersayang, apabila ibunya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar, semalam.
Allahyarham Faridah Ismail, 54, telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8.45 malam. Jenazah akan disembahyangkan dekat Kompleks Masjid Al-Qudus di Kandis, pada pukul 10 pagi tadi.
“Saya terima panggilan mengenai pemergian arwah lebih kurang pukul 8.45 malam tadi dan saya mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Syahril dan Insya-Allah selepas ini kami akan sampaikan sumbangan atau bantuan yang diperlukan beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Kisah Muhammad Syahril telah menarik perhatian ramai apabila tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM kerana perlu menjaga ibunya yang ditimpa sakit, sejak 2019 lepas.
Pihak pentadbiran sekolah terpaksa pergi ke rumahnya sendiri, untuk menyampaikan keputusan SPM dia, yang mendapat keputusan yang cemerlang,