Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Pantai Timur dan Utara Semenanjung serta Timur Sabah dari 16-18 November 2023.
Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata hujan monsun boleh menyebabkan peningkatan kelembapan, yang seterusnya akan menyebabkan hujan berterusan.
“MetMalaysia sedang memantau keadaan dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan jika perlu,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web METMalaysia di www.met.gov.my dan akaun media sosial jabatan itu, serta memuat turun aplikasi ‘myCuaca’ untuk maklumat cuaca terkini dan sahih.
Sumber: Berita Harian