27hmdam 1685156610
in

Hanya kerana telefon terjatuh, habis dua juta liter air empangan dilepaskan

Seorang pegawai kerajaan India, Rajesh Vishwas, digantung tugas kerana mengarahkan pelepasan air dari empangan untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya yang terjatuh.

Telefon itu yang dikatakan mengandungi data sensitif kerajaan, jatuh ke dalam Empangan Kherkatta di Chhattisgarh.

Telefon jenama Samsung bernilai 100,000 rupee (RM5,572.59) milik inspektor makanan itu, terjatuh ketika berswafoto di Empangan Kherkatta, di negeri tengah India Chhattisgarh, minggu lalu.

Vishwas mendakwa dia menerima kebenaran untuk melepaskan air untuk membantu petani tempatan, tetapi tindakannya dianggap sebagai salah guna kuasa.

Dilaporkan, kerja mengepam itu berjalan selama beberapa hari bagi mengosongkan kira-kira dua juta liter air yang boleh menampung kegunaan air untuk ladang seluas kira-kira 600 hektar.

Berjuta-juta liter air dipam keluar sebelum misi dihentikan kerana aduan. Vishwas menafikan sebarang salah laku, menyatakan bahawa air yang dikeluarkan adalah dari bahagian limpahan empangan dan tidak boleh digunakan.

Pembangkang mengkritik tindakannya, menyifatkan ia satu pembaziran terutamanya pada musim panas.

Sumber: Twitter

Nick Hayek ceo swatch

CEO Swatch berkata jam pelangi mereka bukan jam LGBT, akan menambah lagi stok

guru kpop victoria institution

Persembahan tarian k-pop oleh guru Victoria Institution membuat netizen terhibur