Seorang wanita maut ditikam lapan kali oleh bekas tunangnya di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu berikutan cemburu dan tidak berpuas hati dengan pertunangan mereka yang putus.
Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai, dilaporkan dibunuh dalam kejadian yang berlaku sekitar tengah hari itu.
“Turut berada di lokasi ialah seorang suspek yang merupakan bekas tunang mangsa yang telah ditahan oleh pihak pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.
“Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan cemburu dan suspek tidak puas hati kerana mangsa memutuskan hubungan mereka dua hari sebelum kejadian.
“Oleh itu, suspek cuba memujuk mangsa di tempat kerjanya, namun mangsa enggan meneruskan hubungan mereka atas sebab peribadi,” katanya dalam kenyataan pada tengah malam Selasa.
Polis telah menerima panggilan dari seorang lelaki yang melaporkan kejadian tikaman itu, yang mengegas anggota polis untuk pergi ke tempat kejadian. Di sana mereka mendapati mangsa terbaring dalam berlumuran darah, dipercayai akibat ditikam.
“Suspek menikam sebanyak lapan kali pada bahagian tubuh mangsa sehingga menyebabkan kematian.
“Pihak paramedik yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamat mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 1 petang sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk dibedah siasat.
“Suspek pula ditahan reman untuk membantu siasatan dan pisau yang digunakannya turut dirampas,” katanya.
Suspek telah berjaya diberkas oleh polis, dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro