Seorang lelaki berkongsi kisah mengenai isterinya yang berdepan kritikan di Facebook hanya kerana menggunakan akhbar Cina untuk membungkus Nasi Lemak daun pisangnya.
Kecamana itu diterima selepas lelaki itu memuat naik gambar Nasi Lemak yang dijual bersama secawan Teh pada harga RM4 sahaja.
Kitorang baru nak meniaga Nasi Lemak pre-order. Isteri aku post dalam group Facebook, terus dapat komen bodoh. 😂 pic.twitter.com/wpis5W2mJN
— paantastic ☻ △ (@paantastik) May 28, 2023
Komen jelek itu ditunjukkan dalam tangkap layar (screenshot) dari sebuah group di Facebook, yang mengecam pilihan isterinya menggunakan akhbar Cina sebagai pembungkus. Komen negatif itu kemudian telah tular di media sosial, mengundang kemarahan pada individu tersebut kerana tidak menghormati perasaan kaum lain di Malaysia.
Namun di sebalik kontroversi tersebut, satu kejadian lain yang tidak dijangka pula berlaku. Seorang pelanggan Cina dikatakan telah menghubungi isteri lelaki tersebut untuk membeli semua Nasi Lemaknya.
“Hahaha sebab brother ni aku dapat customer Chinese. Lepas ni aku buat option (pilihan) lah. Customer boleh pilih surat khabar bahasa apa dan ruangan apa. Sukar, luar negara, dalam negeri, iklaneka atau hiburan,” selorohnya dalam bebenang ciapan tersebut.
Isteri lelaki yang beroperasi di kawasan Skudai Johor itu menawarkan set Nasi Lemak bersama Teh Tarik pada harga mampu milik RM4 sahaja.
Sumber: Twitter