iconia garden terrace house 10a2
in

Hampir 75 peratus rumah baharu tiga bulan pertama tahun ini berharga RM300,001 – RM1 juta seunit

Menurut kenyataan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, majoriti rumah baharu yang dilancarkan di Malaysia pada suku pertama tahun ini berharga melebihi RM300,001 hingga lebih RM1 juta seunit.

Daripada 4,661 rumah baharu yang dilancarkan, kira-kira 75 peratus atau 3,468 unit jatuh dalam julat harga ini.

Mengulas lanjut, Nga Kor Ming menyatakan bahawa 31.8 peratus (1,482 unit) berharga antara RM300,001 dan RM500,000, 35.7 peratus (1,663 unit) adalah antara RM500,001 hingga RM1 juta, dan 6.9 peratus (323 unit) berharga lebih RM1 juta.

Hanya 25.6 peratus (1,193 unit) rumah baharu yang diluluskan adalah unit rumah mampu milik berharga di bawah RM300,000.

“Berdasarkan laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), bagi suku pertama tahun ini, bilangan unit rumah baharu dilancar adalah berjumlah 4,661 unit.

“Daripada jumlah itu, 3,985 unit atau 85.5 peratus adalah rumah jenis bertanah dan 676 unit atau 14.5 peratus adalah rumah jenis bertingkat.

“Tiga negeri dengan jumlah unit rumah baharu dilancar tertinggi pada suku pertama 2023 adalah Johor (2,077), Selangor (791) dan Pahang (700),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Nga Kor Ming memberikan maklumat ini sebagai menjawab soalan Lee Chuan How, seorang ahli parlimen, mengenai jumlah unit hartanah kediaman di Malaysia berdasarkan butiran hartanah dan strata.

Beliau seterusnya menyebut Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 merekodkan sejumlah 9.6 juta unit kediaman di Malaysia.

hafidz shuhada

Hafidz tiba-tiba tukar fikiran, Shuhada pelik dengan tindakan u-turn saat akhir

jurusolek janna thailand

Ini harga kos solekan Janna Nick di majlis resepsinya, jurusolek import dari Thailand