Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini, mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai rakyat Malaysia, termasuk graduan muda, sanggup mengambil apa-apa pekerjaan yang halal, serta menawarkan gaji yang berpatutan.
Namun, seorang gadis bernama Izzaty Nazmii, mempunyai pengalaman berbeza semasa bekerja di stesen minyak.
Kisahnya bermula apabila seorang lelaki masuk ke dalam premis untuk membeli air tin. Sambil membayar, dia bertanya kepada Izzaty sama ada dia sudah tamat sekolah atau tidak.
Sambil tersenyum, Izzaty mengesahkan dia sudahpun tamat, tetapi lelaki itu seolah-olah menilai dia sebagai ‘kurang cerdik’ kerana bekerja di stesen minyak.
@izzatynazmii._ Assalammualaikum☺️so dekat sini aku nk ckp sikit untuk sesiapa ja dkt luar sana tu,tlong jangan sesuka hati nk hina org mcm org lain tu xda perasaan..😶 Kita tak tahu pun hidup org tu mcm mna..setiap org ada masalah dan ujian hidup masing ii..😇And kita semua kena tahu lah adab mcm mna nk bercakap dgn org lain xkisah lah org tu siapa sekalipun..adab dan akhlak tu penting ya..😊 Dan teruntuk PAKCIK,kalau video ni lalu dpn muka pakcik,saya just nak ckp yg saya paling xsuka org menghina saya,dan pakcik xperlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi ii or what😅 Sebab pada saya skrg mkn pakai saya alhamdulillah cukup,dan saya xpernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dkt rumah org😉apatah lagi dkt rumah PAKCIK kan?so PAKCIK just shut up okay?😗 #fypシ #fypp #xyzbca #biadap ♬ Antassalam – Fairuz Band
Lelaki itu turut mempersoalkan mengapa Izzaty tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi untuk pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik. Sebelum dia keluar, lelaki itu sambung menyindir dengan memberitahu pendapatan Izzaty dari stesen minyak itu tidak mencukupi.
Video kisahnya itu telah mendapat sokongan dan galakan daripada warga netizen yang berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka juga.
Sumber: Tiktok