Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima sejumlah 229,613 Borang B melalui e-filing bagi taksiran cukai 2022, berjumlah RM1.21 bilion nilai cukai setakat 14 Jun.
Bagaimanapun, angka ini lebih rendah berbanding Borang 777,579 B diterima pada 2022 bagi tahun taksiran 2021, yang mempunyai nilai cukai RM5.56 bilion.
“Ini berikutan masih ramai yang memilih untuk membayar cukai di saat-saat akhir.
“(Perlu diingatkan bahawa) pembayar cukai yang gagal membuat taksiran dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan penalti sehingga 300 peratus manakala yang gagal melaporkan pendapatan secara tepat boleh dikenakan penalti sehingga 100 peratus daripada jumlah cukai taksiran,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk ‘Layanan Cukai ke Atas Pendapatan Perniagaan Individu,’ malam ini.
Pengarah Cawangan Pembayar Cukai Besar LHDN, Kamarudin Hashim, mengingatkan individu yang layak, khususnya mereka yang mempunyai pendapatan perniagaan individu daripada hasil perniagaan milikan tunggal, supaya menunaikan tanggungjawab cukai mereka.
Beliau menekankan bahawa kumpulan tertentu, seperti perniagaan runcit, jualan langsung, penternak, gerai, firma guaman, penulis, penyanyi, YouTuber, dan pempengaryh, mempunyai kesedaran yang lebih rendah tentang pembayaran cukai berbanding individu yang mempunyai pendapatan penggajian dan syarikat korporat.
Untuk menanganinya, LHDN secara aktif akan menjalankan libat urus dengan mereka dalam kategori pendapatan perniagaan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tanggungjawab membayar cukai.
Sumber: Harian Metro