Berita gembira buat rakyat serta pengunjung negeri Pulau Pinang, perkhidmatan feri serba baharu akan dikuasakan oleh empat kapal tercanggih, dijadualkan akan mula beroperasi pada pertengahan Julai nanti. Setiap feri adalah berharga RM18 juta, dan mempunyai kapasiti yang mampu memuatkan 250 penumpang, dan 50 buah kenderaan jenis motor. Perlu diketahui bahawa feri baharu ini tidak sama seperti feri klasik, perkhidmatan baharu itu tidak direka untuk membawa kereta.

Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Sasedharan Vasudevan, memberitahu bahawa masa perjalanan menaiki feri baharu ulang-alik antara Butterworth dan pulau itu, dijangka hanya mengambil masa 10 minit sahaja, lebih pantas daripada perjalanan selama 20 minit dengan feri klasik.
Untuk melengkapkan perkhidmatan yang dinaik taraf ini, terminal feri Raja Tun Uda kini sedang menjalani pengubahsuaian menyeluruh. Penambahbaikan itu termasuk ruang niaga seluas 400 meter persegi, yang boleh menempatkan 25 kedai runcit, ruang menunggu berhawa dingin yang dilengkapi dengan WiFi dan pengecas telefon, dan kemudahan untuk individu kurang upaya.
Imej feri baharu yang anda lihat di-atas telah diberikan nama Teluk Bahang, diambil dari pusat pembuatan kapal di Haiphong, Vietnam.
Sumber: The Star