kemalangan putrajaya dua motorsikal polis kereta awam
in

Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Putrajaya, lori rempuh konvoi Polis dan kereta awam

Kemalangan ngeri di Putrajaya pada Rabu pagi tadi meragut nyawa dua penunggang motosikal dan beberapa lagi cedera. Kemalangan berlaku apabila sebuah lori merempuh konvoi polis dan sebuah kereta awam menyebabkan berlakunya pelanggaran berantai yang melibatkan beberapa buah kenderaan lain.


Rakaman dashcam kemalangan itu yang tular di media sosial menunjukkan lori itu gagal berhenti ketika menghampiri konvoi polis. Lori itu kemudian merempuh kenderaan polis dan kereta awam, menyebabkan mereka berpusing di luar kawalan. Kedua-dua penunggang motosikal itu dilihat tercampak dari kenderaan mereka dan mendarat di atas jalan raya.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, mengesahkan kejadian itu dan berkata butiran lanjut mengenai kemalangan dan identiti mangsa akan diberikan tidak lama lagi.

“Siasatan dijalankan dibawah Sek 41 (1) APJ 1987 dan pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian air kencing,” katanya.

F6cEOsHboAA5ayd

F6cEOsKbcAAABlp

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, dua lori, dua kereta dan dua motosikal terbabit dalam kemalangan itu. Sebuah jentera bomba dan Unit Sokongan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dihantar ke tempat kejadian untuk membantu. Beberapa pegawai polis dan orang awam yang turut cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.


Katanya lagi, akibat kemalangan, dua lelaki disahkan maut di lokasi kejadian oleh paramedik Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang manakala mangsa lain mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

Punca kemalangan masih dalam siasatan, namun dipercayai pemandu lori terbabit hilang kawalan kenderaannya.

anjing k9 blake misi batang kali ditidurkan

Blake, wira K9 dalam misi tanah runtuh Batang Kali, ditidurkan akibat sakit kanser

ron95 ron97 minyak fuel

Cadangan 2018 saya untuk petrol ditetapkan pada RM1.50 seliter tidak boleh dilaksanakan sekarang – PM Anwar