pemandu sg mengamuk
in

Dua lelaki Singapura mengamuk ditegur isi minyak dalam tong oleh rider penghantar makanan

Sebuah video tular merakamkan pertengkaran antara dua lelaki dipercayai warga Singapura, dan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak berhampiran Iskandar Puteri.

Insiden itu berlaku pada malam tadi, apabila dua lelaki warga Singapura itu dikatakan kecewa selepas penghantar makanan itu menegur mereka kerana cuba mengisi minyak menggunakan tong.

Video yang dikongsi di Twitter oleh pengguna @jnmalaysia, berdurasi satu minit dan 40 saat, menunjukkan dua anggota polis bantuan cuba meredakan keadaan.

Salah seorang lelaki yang terlibat dalam pertengkaran itu membuka bahagian belakang SUV mereka, dan mengambil apa yang kelihatan seperti pengunci stereng, dipercayai cuba untuk melakukan provokasi kepada rider berkenaan.

Polis bantuan meminta kad pengenalan penunggang, sebelum dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya lagi.

Sehingga kini, masih belum ada kenyataan dari pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut.

Sumber: Twitter

2EB9D12B 721F 49F2 B0D7 573218355F74 scaled 1

Datuk Seri Ayob Khan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara

ella illuminati

Ella dikatakan membuat simbol Illuminati semasa persembahan konsertnya