Dua kanak-kanak lemas di Pantai Bagan Lalang hari ini manakala seorang lelaki yang cuba menyelamatkan mereka masih hilang.
Mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, yang lemas dalam kejadian itu.
Dilaporkan bahawa lelaki berusia 30-an itu hanya merupakan orang awam yang cuba untuk menyelamatkan mereka, tetapi kemudian gagal ditemui.
Kanak-kanak itu dilihat terpakai-kapai di dalam air ketika mandi, sebelum diselamatkan orang ramai. Mereka kemudian diberi bantuan pernafasan kecemasan, namun tidak dapat diselamatkan.
Pihak berkuasa termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Sepang kini sedang menjalankan operasi menyelamat untuk mencari lelaki yang hilang tersebut.
Sumber: Astro Awani