judicial review 2
in

Diugut bunuh hanya kerana tidak kemas bilik, buruh didenda RM4,000

Seorang buruh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mengugut untuk membunuh rakan serumahnya. Jika tertuduh gagal membayar denda, dia akan dipenjara selama tujuh bulan.

Tertuduh, Mohd Khairul Izuwan Che Rahim, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Kejadian berlaku pada 1 April lalu di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong, di mana dia memarahi mangsa kerana tidak membersihkan bilik dan turut membakar kasut, baju serta seluar mangsa dan tertuduh bertindak mengejar mangsa menggunakan sebilah pisau.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran atas alasan kesalahan itu bersifat keganasan, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenan denda minimum. Majistret Sasha Diana Sabtu telah menjatuhkan hukuman itu.

Sumber: Astro Awani

Sofyank

Sofyank mempunyai pelan untuk tubuhkan syarikat produksinya akhir tahun ini

p3a 6

4 kesan tembakan di kepala, seorang lelaki tempatan ditemui maut