pukul pelajar
in

Didakwa tidak hormat pelajar ‘senior’, video pelajar dibelasah terbongkar dalam kejadian buli di Kemensah

Seorang pelajar Tingkatan Tiga ditumbuk dan diserang tanpa belas kasihan oleh sekumpulan pelajar senior di Trek Motocross Bukit Mar Mar di Kemensah. Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, yang berlaku pada Isnin lalu.

“Pada 8 Mei jam 9.30 pagi semasa di tangga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati, mangsa ditumbuk di dada, dicekik dan ditendang di bahagian belakang oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima yang dikenali.

“Mangsa diugut akan disiku di bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera. Kira-kira jam 3 petang mangsa diajak oleh lima suspek ke Bukit Mar Mar, Kemensah lalu dipukul.

“Punca kejadian dipercayai disebabkan selisih faham tidak hormat antara mangsa dan sekumpulan pelajar senior Tingkatan Lima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kau tak ‘respect’!,” kata salah seorang suspek sambil menumbuk kepala dan badan mangsa secara bertubi-tubi.

Menurut ketua polis, seorang daripada suspek melepaskan empat tumbukan ke muka mangsa, manakala kira-kira 15 pelajar lain dilihat sebagai saksi kejadian tersebut. Mangsa mengalami kecederaan parah di dahi, kepala, kening kiri dan rahang, serta luka di belakang leher.

Insiden itu mendapat perhatian meluas selepas tiga video serangan itu dikongsi di Instagram oleh seorang pengguna, mempamerkan mangsa tidak berdaya terbaring di atas tanah, cuba melindungi dirinya daripada pukulan penyerang. Mohd Farouk seterusnya menjelaskan bahawa kesemua suspek yang terlibat telah dipanggil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali.

“Pihak polis memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam perbuatan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap orang lain,” katanya.

elon musk twitter

Elon Musk akan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu untuk Twitter

ali puteh tiktok

Kurang mendapat tawaran berlakon, Ali Puteh kini tumpu berniaga di Tiktok