Seorang wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila, sekali lagi mendapat perhatian di media sosial selepas video yang dia memalukan polis pangkat bawahan di Gombak, Selangor menjadi tular. Video kalini yang dimuat naik di laman Twitter @_AmranFans, merakamkan wanita itu terlibat dalam pertengkaran mulut dengan orang awam.
Inspektor jenis apa lah dia ni. Macam mana boleh jadi inspektor pun tak tau la. Perangai sebiji macam monyet.
Padahal baru semalam viral video dia maki polis pangkat rendah, ni duk buat perangai pulak dengan orang awam.
Harap PDRM dengan Perhilitan boleh segera bertindak lah.… pic.twitter.com/MMpotpc9Sy
— Amran Fans (@_AmranFans) June 17, 2023
Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada parkir kereta yang melibatkan pegawai kanan polis dan individu yang bertengkar dengannya. Dalam video berdurasi satu minit tiga puluh saat itu, pegawai kanan itu boleh dilihat menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang wanita malah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan.
Bagaimanapun, tarikh tepat dan lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan buat masa ini.
Sumber: Twitter