Dalam sebuah kisah yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki warga emas berumur 75 tahun terpaksa mencari pekerjaan demi untuk menyara keluarganya.
Cerita ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @Jenjibam, tentang seorang warga emas yang masih gigih mencari pekerjaan, walaupun umurnya terlalu tua, demi untuk menyara isteri dan anaknya yang OKU.
Difahamkan isteri Jenjibam sekarang adalah isteri kedua, kerana isteri pertamanya telah meninggal. Namun yang lebih mengejutkan adalah lelaki tua tersebut mempunyai 11 orang anak, hasil dari perkahwinan pertama.
“Pakcik tu tahan sebak masa dia cerita. Tapi itulah, kita sebagai bapak ni kena kental jiwa dan sanubari. Kita kalau kena palau esok, walaupun dengan anak sendiri, kita kena kekal steady dan terus berdiri atas dua kaki.
“Mulut anak pun kita boleh suap, inikan pula mulut sendiri,” katanya.
Apa yang benar-benar menarik perhatian orang ramai ialah hakikat bahawa lelaki warga emas itu mempunyai 11 orang anak hasil perkahwinannya sebelum ini. Tanggungjawab berat yang dihadapinya membangkitkan emosi yang mendalam, membuatkan Jenjibam dan mereka yang mendengar kisah sebaknya terharu.
Of course la aku sebagai good stoner samaritan dan majikan ambik dia kerja. Selagi mana orang tu betul nak kerja, aku macam biasa la sentiasa bagi ruang dan peluang.
Semoga terus sihat dan kekal bertenaga untuk bekerja menyara keluarga pakcik!
— Stoner Sepenuh Masa (@jenjibam) May 23, 2023
Warga netizen rata-rata memuji Jenjibam atas kerpihatinan dia dalam mengambil pakcik itu bekerja, namun dia mempersoalkan tanggungjawab anak-anaknya yang sihat lain.
“Semoga terus sihat dan kekal bertenaga untuk bekerja menyara keluarga pakcik! Yang aku nak highlight ni bukan part aku bagi kerja. Tapi jenis anak ramai buat tak reti kat bapak sendiri ni eloklah melingkup.
“Bapak seorang boleh bagi makan kat anak 11 orang. Anak 11 orang tak boleh hulur kat bapak dia seorang sikit,” ujarnya.
Sumber: Twitter