Sebuah video telah tular memaparkan pendakwah terkenal, Mufti Menk, mengunjungi rumah seorang pempengaruh media sosial.
Att Yusof memuat naik video tersebut di TikTok miliknya, menjelaskan bahawa kehadiran Mufti Menk adalah untuk menunaikan hajat ibunya yang sedang sakit.
@attyusof @Mufti Menk ♬ original sound – Att Yusof
“Mufti Menk memberkati kami dengan kehadirannya semalam. Saya tahu ibu saya mahu berjumpa dengannya lagi jadi pertemuan ini mengambil masa satu bulan untuk dirancang.”
“Apabila saya tahu dia akan datang ke Malaysia, saya menghantar mesej kepadanya untuk menjemputnya. Saya bersyukur kerana dapat memenuhi hajat ibu.”
Dalam video tersebut, ustaz dari Zimbabwe itu dilihat bersendirian, berinteraksi mesra dengan keluarga dan menyampaikan tazkirah kepada ibu wanita itu.
Yusof mengakhiri video itu dengan mengimbas kembali pertemuan mereka dengan Mufti Menk semasa membeli-belah di pusat membeli-belah One Utama pada 2019 lalu.
“Kami terserempak dengan Mufti Menk di One Utama dan mak saya menegurnya. Beliau kemudian memberikan nombor telefonnya untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan kesihatan ibu.”
Sumber: Tiktok