aliff syukri eksiden
in

Datuk Aliff Syukri terlibat dengan kemalangan, kereta dihentam dari arah belakang

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, pengasas D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta apabila kenderaannya dilanggar dari arah belakang secara mengejut.

Insiden kejadian itu telah dikongsi di akaun Instagramnya semalam. Aliff Syukri menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku di Petaling Jaya, Selangor, dan memberitahu pemanduannya sudah pun perlahan, dalam keadaan trafik yang sedang sesak ketika itu.

“Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang padahal jalan sesak sangat-sangat pada waktu ini.

“Saya bawa perlahan tiba-tiba kepala terhentak sakit sangat. Ujian sungguh untuk saya.

“Syukur saya selamat terima kasih korang yang sentiasa doakan saya, maaf kalau saya teremosi sebab saya amat stres dan terkejut,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

Dalam video berdurasi 47 saat itu, dia dilihat memarahi pemandu kenderaan yang didakwa melanggarnya.

“Ya ALLAH, apa masalah ni? What happened, u drive lah betul-betul. Aiyoo..my car.

“Kalau aku tak pakai seatbelt tadi, dah habis..,” katanya dalam video berkenaan.

Suami kepada Datin Seri Nur Shahida Abdul Rashid meluahkan rasa kecewanya berhubung kejadian tersebut, lebih-lebih lagi keretanya tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan pun sebelum ini.

“Secara jujurnya saya memang terkejut dan amat kecewa maklumlah walaupun boleh claim insurans tapi tak sama kereta tak pernah ada kemalangan orang rempuh jadi macam ni.

“Awak senanglah cakap cuba awak dekat tempat saya kereta ni saya beli daripada baharu dan saya pakai tak pernah pun ada kemalangan…tiba-tiba orang rempuh,” luahnya membalas komen netizen di Instagram.

Sumber: Majoriti

jocelyn bbc

Jocelyn Chia berkata reaksi Malaysia terhadap jenaka MH370 sebagai tidak masuk akal

wakil perhilitan tembak monyet sunway

Penduduk perumahan di Sunway Batu Caves tidak berpuas hati wakil Perhilitan tembak monyet dikawasannya