Inisiatif Payung Rahmah, yang pada mulanya tertumpu kepada penyediaan menu makanan, bakul makanan, rawatan, dan jualan mampu milik, kini telah berkembang kepada Pakej Rahmah Cermin Mata.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, mengumumkan kerjasama dengan syarikat MOG Eyewear itu menerusi hantaran dari Facebook miliknya.
“Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia,” katanya.
Pakej itu membolehkan orang ramai untuk membeli cermin mata lebih mampu milik antara RM50 hingga RM100, dengan pilihan untuk menaik taraf kanta kepada ‘blue cut lens’ yang memberikan perlindungan terhadap sinaran ultraungu dengan harga hanya RM100 sahaja.
Inisiatif Payung Rahmah bertujuan untuk terus menawarkan tawaran yang lebih menarik yang memenuhi keperluan dan pilihan rakyat Malaysia.
Sumber: Facebook