Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek, menyangkal dakwaan model jam tangan Pride yang dirampas dua minggu lepas, tidak merujuk kepada komuniti LGBT.
Menurut kenyataan Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai butiran mengenai kes itu, dan menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan penjelasan sepenuhnya.
“Biar KDN jelaskan, ini bukan isu warna tetapi (berkaitan) LGBT diletakkan pada jam terbabit, maafkan saya, kerana saya masih belum melihat perinciannya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di sini, hari ini.
Serbuan selama dua hari pada 13 dan 14 Mei lalu itu diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.
Lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.
Dalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Swatch berkata firma itu kecewa dan prihatin dengan rampasan jam tangan berwarna pelangi yang meraikan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) oleh Kementerian Dalam Negeri.
“Kami lantang mencabar bahawa koleksi jam tangan kami yang menggunakan warna pelangi dan membawa mesej keamanan serta kasih sayang boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja,” kata ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Nick Hayek dalam kenyataan kepada Reuters.
Kumpulan Swatch merancang untuk mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula semua barangan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Tages-Anzeiger. Ibu pejabat Swatch di Switzerland turut mengarahkan Swatch Malaysia untuk menambah lagi stok model jam berkenaan.
Sumber: Berita Harian