abang tiri budak perempuan lemas kondo kondominium bangi
in

Budak lemas dalam kolam dibiarkan oleh abang tiri, didakwa ada masalah mental

Sebuah video telah tular menunjukkan seorang budak perempuan lemas di dalam kolam renang sambil diperhatikan oleh abang tirinya. Kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Bangi, Selangor, itu dirakam oleh kamera CCTV bangunan itu.

Video tersebut pada mulanya dimuat naik di akaun TikTok dan ditularkan semula di laman X (Twitter) pada Ahad.

Video itu menunjukkan budak perempuan itu mandi seorang diri di kolam menggunakan pelampung. Apabila dia cuba keluar dari kolam menggunakan tangga, pelampungnya terbalik hingga menyebabkan dia terkapai-kapai bersendirian, sebelum dia menjadi kaku.

@majoritiofficial Takkanlah dia tak nampak rambut budak tu terapung?? Ya Allah, kesian si mangsa. Kecik lagi budak tu pun 😭😭 #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #kolamrenang #saudaratiri #lemas #kanakkanak ♬ original sound – Majoriti Official

Abang tiri budak perempuan berkenaan kelihatan menghampiri kolam dalam keadaan santai, langsung tidak cuba membantunya.

Sebaliknya, dia hanya berdiri di tepi kolam sambil meminum air, dan memerhatikan sahaja budak perempuan itu telah lemas. Video itu telah mencetuskan kemarahan warga netizen, yang mempersoalkan mengapa lelaki itu tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Menurut maklumat awal orang ramai, kejadian itu disedari pengawal keselamatan kondominium berkenaan yang memaklumkan kepada penjaga.

F6yhQ0 boAA8h7i 1

“Ada penjaga waktu itu, tapi penjaga ralit. Guard nampak (budak itu) terapung, beritahu penjaga, (katanya) budak itu pandai berenang.

“Alih-alih technician terjun bawa naik bagi bantuan CPR (bantuan pernafasan). Telefon ambulans bawa pergi hospital. Hospital kata (peluang) 50-50 masa itu.

“Doktor update cakap (budak itu) dah tak dapat diselamatkan, kira brain dead,” ujarnya.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut, dan dijangka akan memberikan maklumat lanjut tidak lama lagi.

Sumber: X (Twitter)

beyonce renaissence bendera pas malaysia

Renaissance dari Beyonce hasilkan meme baru di Malaysia kerana mirip logo PAS

dikir barat kelate gaduh meja juri terbalik

Pertandingan dikir barat FKRK 2023 dicemari kekecohan, meja juri diterbalikkan