budak dibiarkan dalam kereta
in

Budak lelaki dibiarkan dalam kereta yang panas waktu petang, diselamatkan oleh orang ramai

Seorang budak lelaki dibiarkan terkunci di dalam kereta pada waktu petang Khamis semalam, dan ibu bapanya tidak ditemui pada ketika kejadian.

Kanak-kanak lelaki itu ditemui oleh orang yang lalu lalang dan mendengar jeritannya meminta tolong. Pengguna yang berkongsikan video kanak-kanak terbabit dengan menggunakan akaun Twitter @arifjat berkata, budak tersebut sudah berpeluh dan pucat ketika ditemui, dan dia sangat sukar bernafas.

“Tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat.

“Enjin dimatikan lepas itu tingkap depan saja buka sikit, kenapa la tinggalkan anak dalam kereta tengah panas macam ini.

“Hampir 40 minit aku dekat situ ibu bapa dia tak datang pun jadi aku minta pertolongan ramai.

“Perkembangan terkini budak itu selamat, semua orang pecahkan tingkap dan bawa kanak-kanak itu ke klinik untuk menerima rawatan,” ujarnya di Twitter.


Pengguna @arifjat terpaksa meminta bantuan, dan beberapa orang telah datang ke tempat kejadian. Mereka terpaksa memecahkan cermin kereta dan menyelamatkan budak lelaki berkenaan, yang kemudiannya dibawa ke klinik terdekat untuk rawatan.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes tersebut dengan lokasi kejadian juga tidak diketahui buat masa sekarang.

Namun, insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan warga netizen, dengan ramai orang meminta ibu bapa budak itu diberikan hukuman setimpal dengan perbuatannya.

Sumber: X (Twitter)

maxresdefault 14

Treler Metal Slug: Awakening aksi nyata menampilkan Sofyank, Beto Kusyairy dan Soloz

ubai dituduh beli motor guna duit isteri shila amzah

“Saya beli motosikal guna duit sendiri” – Ubai jawab tuduhan beli motor guna duit isteri