Seorang budak lelaki melecur teruk selepas cuba mengambil bola yang masuk ke bilik tenaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas. Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang menyebabkan mangsa yang berusia 12 tahun itu mengalami kecederaan melecur yang sangat teruk.
Menurut jurucakap bomba, panggilan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.55 petang, menyebabkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dan BBP Seri Balik Pulau mendapat respons pantas.
Sejurus tiba, pasukan penyelamat mendapati budak lelaki itu melecur teruk akibat tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik tersebut.
@majoritiofficial Kenapa la main dekat dengan kawasan bilik TNB tu dik, bahaya.. Klik artikel untuk video dan berita penuh. #beritatiktok #terkini #malaysiantiktok #trendingnewsmalaysia #melecur #renjatanelektrik #bayanlepas ♬ original sound – Majoriti Official
“Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
“Komander Operasi membuat ‘size up’ memastikan tiada lagi kemerbahayaan sebelum menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya. Operasi terkawal dan ditamatkan pada pukul 5.43 petang tadi,” katanya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, mengesahkan kejadian itu dengan menyatakan budak itu dilaporkan terjatuh ke dalam bilik elektrik TNB ketika masuk untuk mengambil bola.
“Budak lelaki itu sedang bermain futsal dengan rakannya apabila bola secara tidak sengaja bergolek ke dalam bilik kuasa berhampiran gelanggang futsal,” jelas Superintendan Kamarul.
Dipercayai mangsa memanjat pagar berkunci yang bilik elektrik TNB itu sebelum terjatuh ke dalam kawasan berbahaya.
Sumber: BERNAMA