Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan Qistina Lim di sebuah hotel di Shah Alam malam tadi.
Abang Musa, Mohammad Izzat Hassan, berkongsi foto majlis perkahwinan itu di Facebook, melahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada pasangan itu.
“Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.
Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah,” katanya.
Pendakwah selebriti Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar turut menyiarkan secara langsung majlis resepsi perkahwinan itu di Facebook.
“Majlis Perkahwinan Tan Sri Musa Hassan & Puan Sri Qistina Lim,” katanya menerusi akaun media sosialnya itu.
Beberapa pengguna Facebook yang menonton siaran langsung itu mengucapkan tahniah dan doa selamat untuk pasangan suami isteri supaya berkekalan.
Musa sebelum ini berpisah dengan isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, yang memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac 2023 lalu. Permohonan cerai itu difailkan kerana konflik atau syiqaq yang berpanjangan antara Musa dan Elly yang pernah dikahwininya selama sepuluh tahun.
Sumber: Facebook