coklat syiling emas bolasepak
in

Bekas juruteknik ini dedah rahsia kotor kilang makanan childhood anda

Seorang bekas juruteknik dari sebuah kilang coklat di Melaka menggesa orang ramai supaya mengelak daripada membeli coklat berbentuk wang, seperti syiling emas dan bola sepak, kerana kebimbangan terhadap kebersihan dan keselamatan makanan semasa proses pembuatan.

352753201 7077985612217517 2545192725702885660 n

“Aku pernah kerja di kilang coklat di Melaka, sebagai technician. Nak dijadikan cerita, kilang tu membuat coklat duit syiling warna emas dan coklat biskut bola serta macam-macam lagi.

“Kalau nak tahu, coklat yang ada di kedai berbentuk duit syiling dan bola warna warni itu dibuat di kilang itu. Dilabel dan kemudian diletak pelbagai alamat-alamat kilang. Padahal, kilang itu sendiri merupakan pembekal utama.

“Di sini aku nak beritahu, janganlah beli dan makan sebab terlalu kotor. Pekerja dia Nepal, sampai yang tangan kena kudis bernanah pun dia buat kerja gaul biskut coklat bola itu, uli guna tangan tanpa glove. Boleh bayangkan nanah-nanah itu melekat di coklat-coklat itu?

Individu bernama Khai itu berkongsi bahawa cerita rahsia tersebut, menasihatkan ahli keluarganya supaya tidak membeli coklat sedemikian.

“Semenjak hari itu, aku haramkan seluruh keluarga aku untuk beli coklat duit syiling dan bola sebab terlalu kotor.

“Ada yang meludah di tepi, kemudian coklat jatuh dan dikutip serta diproses semula. Jadi korang fikirlah sendiri selepas ini nak makan atau tidak. Memang jijik,” katanya.

Bagaimanapun, sebilangan orang awam menyuarakan keraguan berhubung dakwaan Khai, dengan alasan jika dakwaan itu benar, beliau sepatutnya membuat aduan atau melaporkan isu itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber: Facebook

dayana kb

Siapa Dayana? Gadis misteri berpakaian seksi buat cat walk di bandar Kota Bharu

2120054

Tol percuma Lebuhraya SUKE fasa 2 bermula dari 16 hingga 29 Jun 2023