Kemaskini: Pengasuh usia 23 sudah ditahan selepas laporan polis dibuat ibu mangsa pada 21 Mei lepas. Wanita itu juga sudah didakwa di mahkamah pada 30 Mei lepas dan mengaku salah serta didenda RM10,000 dan bon berkelakuan baik 3 tahun – Sumber
Sebuah video tidak berperikemanusiaan menunjukkan seorang wanita tergamak mendera seorang bayi di sebuah taska yang dipercayai terletak di sekitar Batu Caves, Gombak.
Lagi video penderaan kanak-kanak viral…..
Entah berapa kali budak tu kena tampar….kena tekup….
Mengapa orang macam ni berkerja dengan kanak-kanak kalau tidak ada erti sabar dalam diri?
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor.
Ibubapa budak… pic.twitter.com/S2QwuJogUo
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 2, 2023
“Lagi video penderaan kanak-kanak viral. Entah berapa kali budak tu kena tampar, kena tekup. Mengapa orang macam ni bekerja dengan kanak-kanak kalau tidak ada erti sabar dalam diri?
“Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor.
“Ibu bapa budak malang ini diberitahu kononnya anak mereka mengalami lebam-lebam sebab dicederakan oleh budak-budak lain,” demikian kapsyen yang mengiringi perkongsian di laman Twitter MyNewshub.
Kejadian itu dirakam oleh kamera CCTV di taska berkenaan, yang menunjukkan wanita itu menampar muka bayi itu berulang kali, dan menekup muka bayi itu dengan kain sebelum meninggalkannya menangis begitu sahaja.
Video itu telah menjadi tular di Twitter, mencetuskan kemarahan di kalangan netizen. Bagaimanapun, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis mengenai kejadian itu. Orang ramai menuntut wanita tersebut agar ditahan segera, dan diberikan hukuman setimpal terhadapnya.
Sumber: Twitter