Sebuah video tular di media sosial, merakamkan satu kejadian melibatkan seorang pegawai polis dimarahi dan diaibkan, oleh seorang wanita yang diberitahu adalah anggota polis juga.
Kejadian tersebut berlaku di Medan Selera Lebuh Utama, Taman Sri Gombak, Batu Caves, pada hari Khamis semalam. Dalam video berdurasi 26 saat itu, wanita itu, berpakaian kemeja putih, boleh dilihat meninggikan suara dengan agresif, memperlekehkan pegawai tersebut, serta mempersoalkan pangkatnya.
Berlagak nak mampus perempuan ni. Kalau betul dia pegawai polis naya la anak buah nak kena hadap dengan perangai sial dia. pic.twitter.com/UcPIuurAxk
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) June 15, 2023
“Kad kuasa kau tak ada. Kau tak layak ambil IC dan kad kuasa aku lah. Lu pangkat Lans Koperal saja, bukan OCPD. Kau tak layak lah, kau pangkat kecil dari aku lah. Kau bukan OCPD lah nak bercakap dengan aku. Pangkat dahlah rendah!”
Menurut laporan, kejadian berlaku ketika pegawai tiba di lokasi sekitar tengah hari untuk pemeriksaan. Sebelum ketibaan mereka, aduan telah difailkan mengenai seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai polis dan membantu rakannya bagi mengutip hutang.
Bagaimanapun, setibanya di lokasi, tindakan anggota polis terbabit yang meminta kad kuasa menyebabkan wanita tersebut berang dan mula meninggi-ninggikan suara sambil mempersoalkan pangkat anggota tersebut untuk berbuat demikian.
Wanita tersebut dilihat turut menggunakan telefon pintarnya untuk merakam insiden tersebut, dan segera meninggalkan lokasi sejurus selepas rakaman itu dibuat.
Bagaimanapun tidak dinyatakan punca wanita terbabit bertindak sedemikian menerusi video tular berkenaan. Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita terbabit, mempersoalkan tindakannya yang disifatkan tidak sopan selain memalukan anggota polis berkenaan.
Sumber: Sinar Harian