GettyImages 520045105 5af2120f6bf0690037c86684
in

Anda perlu gaji lebih RM7,000 bagi yang berkeluarga untuk tinggal di Lembah Klang

Menurut buku Panduan Belanjawan 2022/2023, terbitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kebajikan Masyarakat (SWRC) Universiti Malaya, anggaran perbelanjaan bulanan pasangan suami isteri dengan dua anak di Lembah Klang telah meningkat kepada RM6,890 berbanding RM6,620 pada 2019.

Buku panduan itu turut menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pasangan tanpa anak, yang berjumlah kira-kira RM4,630, menunjukkan sedikit peningkatan daripada anggaran sebelum ini sebanyak RM4,420 sahaja.

Bagi bujang di Lembah Klang yang bergantung kepada pengangkutan awam, anggaran belanjawan bulanan telah meningkat kepada RM1,930 daripada RM1,870 pada 2019. Ini merangkumi perbelanjaan seperti makan (RM610), sewa bilik (RM370), dan pengangkutan (RM140).

Bagaimanapun, bagi bujang yang memiliki kenderaan sendiri, anggaran perbelanjaan bulanan meningkat kepada RM2,600, dengan perbelanjaan berkaitan kenderaan berjumlah RM760. Lembah Klang merupakan bandar yang merekodkan kos hidup paling tinggi di dalam panduan Belanjawanku 2022/2023, diikuti Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Sumber: Kosmo Digital

iqram solat pesawat

Iqram Dinzly solat dalam kapal terbang – “Dia solat paling awal dalam semua penumpang”

shila amzah ubai tunang

Shila Amzah mahu netizen berhenti guna hashtag tak senonoh itu