Seorang pengguna TikTok baru-baru ini menyuarakan kekecewaan mereka mengenai ibu bapa yang hanya berdiam diri apabila anak mereka terus menjerit di sebuah restoran.
Individu itu menerangkan bagaimana kanak-kanak itu menjerit berterusan selama sejam, sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada pelanggan lain yang ada di restoran tersebut.
@papayen91 Kalau korang, korang buat apa? Kids will always be kids, parents tolonglah jaga, ni tak, sambung borak dah kenapa? Nak gain apa? Hatred? Oh ya, budak tu BUKAN AUTISM/DOWN SYNDROME, take note on that
“Sejam anak awak menjerit memekik, sekali pun tak ditegur. Kitorang semua tak nak dengar anak awak menjerit dengan pitch tinggi.”
Sebagai pelanggan, dia merasa kesal kerana ibu bapa kanak-kanak itu tidak menghiraukan keselesaan orang lain, langsung tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.
Sumber: TikTok