FW1307868 KL07 05062023 AGONG
in

Allahyarham Nik Abdul Aziz, Lim Kit Siang antara penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023

Seramai 839 individu telah dianugerahkan pingat dan anugerah persekutuan semasa Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berikut adalah antara senarai penerima yang dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’:

  • Tan Sri Datuk Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Rakyat,
  • Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),
  • Senator Datuk Seri Anifah Aman, Ahli Dewan Negara,
  • Lim Kit Siang, veteran politik,
  • Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak,
  • Datuk Nallini Patmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan,
  • Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan,
  • Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan,
  • Datuk Seri Dr. Nik Norzul Thani N. Hassan Thani, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad,
  • Datuk Seri Dr. Ahmad Khan Nawab Khan, komposer,
  • Datuk Jaganath Derek Steven Sabapathy, Pengerusi Battersea Power Station Holding Company Limited,
  • Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad,
  • Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas,
  • Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Laut,
  • Jeneral Datuk Seri Mohamad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat,
  • Datuk Pkharuddin Ghazali @ Mat Jali, Ketua Pengarah Pendidikan,
  • Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
  • Tan Aik Huang, bekas pemain badminton negara,
  • Datuk Irwan Shah Abdullah @ DJ Dave, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair.

Dalam pada itu, terdapat empat penerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) yang memperoleh gelaran ‘Datuk’, iaitu:

  • Mohd Aseral Jusman, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja,
  • Mohd Aini Atan, Ketua Protokol Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri,
  • Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet),
  • Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera.

Seramai 116 individu termasuk Dr Abdul Halim Husain, dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dan Dr Ong Shin Ruenn, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, telah dianugerahkan Bintang Kesatria Negara (KMN) pada kali ini.

Selain itu, enam individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD), dan 218 individu termasuk Jurutera Sokongan Bernama, Mohd Halim Esham, menerima penghormatan Ahli Mangku Negara (AMN).

Antara penerima lain, Rusliza Sahran, Pembantu Tadbir Bahagian Modal Insan Bernama, adalah antara 316 individu yang dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN), manakala 56 individu menerima Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).

Agong berkenan menghadiri Istiadat Penyampaian dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara pada Isnin.

bungkus nasi lemak cina

Hanya kerana guna surat khabar cina bungkus nasi lemak, peniaga ini dikecam individu rasis

WhatsApp Image 2023 06 05 at 3.05.59 PM

Lelaki hilang ketika cuba menyelamat adik-beradik di Pantai Bagan Lalang ditemukan lemas