budak curi basikal cctv
in

Aksi dua budak lelaki mencuri basikal menjadi tular, sempat cuba dulu basikal sebelum bawa lari

Tindakan dua budak lelaki yang mencuri basikal di kawasan perumahan baru-baru ini telah mengundang kecaman warga netizen.

Insiden tersebut terbongkar selepas sebuah video tular di akaun Tiktok Ahmad Yau, di mana ia telah dirakam melalui kamera CCTV.

@yaulicious

Anak Sapa ni? 🥶

♬ James Bond Theme – Nicholas Dodd

Lebih mengejutkan lagi apabila budak tersebut seperti sudah tahu tentang lokasi CCTV, membuatnya untuk menutup sebahagian muka bagi mengelak wajah penuhnya diketahui. Selepas sahaja dua budak tersebut berjaya masuk ke rumah, mereka terus menuju ke tempat basikal yang diletakkan di tempat letak kereta rumah itu.

Dalam video berdurasi 42 saat itu, salah seorang daripada budak itu boleh dilihat mencuba dahulu basikal tersebut di rumah itu, sebelum melarikan diri dengan basikal yang dicuri.

Difahamkan, pada waktu kejadian pemilik rumah berkenaan sedang berada di luar.Tidak dinyatakan pula lokasi sebenar kejadian itu berlaku dimana.

Sumber: Tiktok

201027 maybank mae 02

Pengesahan Secure2U akan hanya dapat dari aplikasi MAE sahaja, berkuat kuasa 1 Julai 2023

pas pusat bonus aksb

Ketua Pemuda PAS Kelantan mempertahankan bonus pada ahli Air Kelantan atas kerja keras mereka