Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyung, Mohd. Noor Helmy, melahirkan rasa kecewanya dalam satu mesyuarat baru-baru ini, apabila seorang kakitangan kerajaan negeri Melaka tiba lewat menyertai mesyuarat yang telah dijadualkan.
@mnhelmy ada masa boleh main² ada masa perlu serious #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #tanggungjawab #kerja #rumput #fyp #trendingvideo
“Awak dapat info 9.30 pagi, sekarang pukul 10 pagi. Jangan nak menjawab, jawab benda perlu sahaja. Saya sudah pangkah semua nama kamu.
“Saya akan maklumkan kepada SUK (Setiusaha Kerja) kelakuan ini. Ini bukan masalah ADUN Duyung, ini masalah rakyat Duyung,” jelasnya dengan nada tinggi.
Klip video yang merakamkan kejadian tersebut telah tular di media sosial, menunjukkan YB tersebut marah kerana pekerja itu menyertai mesyuarat pada pukul 10 pagi, sedangkan mesyuarat telah bermula sejak jam 8:30 pagi.
“Bagus YB ni, aku sokong. Kakitangan macam ini lah yang merosakkan kakitangan kerajaan yang betul-betul buat kerja. Mereka ingat dah dapat jawatan itu boleh sesuka hati sahaja,” jelas Jo Blanko.
“Mereka ni selesa sangat, sampai kita dah tak boleh sentuh. Mereka fikir mereka hebat. Masuk kerja 8.30 pagi lepas tu lepak minum kopi, pukul 11 baru asuk pejabat.
“Urusan rakyat tak selesai, keluar rehat pula awal. Masuk balik lewat, begitulah setiap hari, rosak,” jelas seorang lagi pengguna media sosial.
Pekerja berkenaan memberitahu dia menerima maklumat yang menyatakan mesyuarat itu dijadualkan pada pukul 9.30 pagi, dan perkara tersebut menambahkan lagi kekecewaan ADUN itu.
Ramai pengguna media sosial bersetuju dengan cara YB Noor Helmy itu, menekankan tentang kepentingan masa.