Di tengah-tengah kemalangan jalan raya, adalah perkara biasa sikap sesetengah orang yang memperlahankan kenderaan mereka untuk menyaksikan kejadian itu.
Malangnya, segelintir individu itu jugalah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas, dengan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan, tapi bukan niat untuk membantu, tetapi sekadar merakam.
Baru-baru ini, seorang pemuda mendapati dirinya berada dalam situasi kemalangan juga ketika dia sedang asyik merakam sebuah kereta yang terbalik. Malah, penunggang motor di depannya itu sempat memerlinya degan berkata “abang tak tengok depan ke bang?”.
@emyrull96 Pelangi tak berape nk indah harini…
Perlu ingat, mata perlu sentiasa tumpu di hadapan ketika sedang menunggang motor atau memandu kenderaan, bukan sahaja ia untuk keselamatan kita, ia juga untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Ingatlah orang tersayang.
Sumber: TikTok