Kejadian buli jalanraya ini telah mencetuskan kemarahan warga netizen di media sosial, membabitkan seorang lelaki yang didakwa berkelakuan kasar dengan menunjal dahi pemandu wanita.
Insiden itu dirakam dalam video berdurasi 59 saat yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Aizacd Zack, yang merakam perbuatan itu dari tempat duduk penumpang kenderaan di sebelah wanita tersebut.
@majoritiofficial Wah wah wah, bukan main dia tunjal kepala orang eh. Siap cakap 'tak kenal ke aku siapa'. Biadap betul! Video penuh dalam artikel seperti biasa #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #cameronhighland #tapah ♬ original sound – Majoriti Official
Pertengkaran itu berlaku apabila lelaki yang disifatkan berbadan sado itu tidak berpuas hati dengan pemanduan wanita itu. Dia memberhentikan kenderaannya sambil mengetuk cermin kereta mangsa. Wanita itu, yang memakai cermin mata, membuka tingkapnya sebagai tindak balas dan dimarahi oleh lelaki berkenaan dengan kata-kata kesat.
”Bawa elok sikit, kau nak main, kau main dengan nyawa orang, babi! Kalau aku sepak kau kat sini dengan orang sebelah kau aku sepak nanti,” katanya dengan nada marah.
Keadaan menjadi melampau apabila lelaki itu mengancam untuk mencederakan mangsa dan penumpangnya. Apa yang mengejutkan, dia terus menunjal dahi mangsa secara fizikal semasa wanita itu cuba menjelaskan keadaan.
Insiden itu dilaporkan berlaku di laluan Cameron Highlands menghala ke Tapah, seperti yang ditunjukkan oleh komen berkaitan lokasi tersebut.
Mohd Amir Aizacd Shahrizan, 27, mendedahkan adiknya mengalami trauma dan mengalami demam susulan kejadian biadap itu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu, dan keluarga berharap pihak berkuasa akan mengenal pasti dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pembuli jalan raya.
Sumber: Facebook