abang red blazer mohon maaf
in

‘Abang Red Blazer’ mohon maaf atas kelakuan biadap serta semua rakyat Sabah

Seorang pengawal keselamatan telah mencetuskan kemarahan di media sosial selepas dirakam bertindak kasar terhadap seorang penghantar makanan telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

Lelaki itu yang dikenali sebagai “Abang Red Blazer”, muncul dalam video meminta maaf kepada rakyat Sabah dan sesiapa sahaja yang tersinggung dengan kelakuannya.

“Saya dikenali sebagai Abang blazer merah ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah atau pun sesiapa yang terasa atas percakapan saya seperti mana yang berlaku dalam video viral yang lepas.

“Saya tidak ingin perkara ini terjadi, saya juga tidak ingin perkara ini berlanjutan. Saya betul-betul minta maaf dari hujung hati ke hujung tangan. Saya minta maaf sekali lagi supaya benda ini tidak berpanjangan,” katanya.

@ranggi017

♬ bunyi asal – ranggi017

Kejadian berlaku pada 2 November lalu di sebuah pusat perniagaan di sekitar Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur. Video kejadian itu telah tular di media sosial, menunjukkan Abang Red Blazer menjerit kepada penghantar makanan dan enggan membenarkannya masuk ke dalam premis itu.

“Saya tidak ada masalah dengan orang-orang lain, saya tiada masalah dengan orang-orang Sabah. Saya sayang semua orang. I love Sabah. Terima kasih juga kepada semua orang yang membantu kes saya,” jelasnya.

WhatsApp Image 2023 11 04 at 2.43.27 PM

Video itu mencetuskan kemarahan ramai orang, yang mengutuk tingkah laku biadap Abang Red Blazer. Malah ada yang menyeru agar dia dipecat dari pekerjaannya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, mengesahkan kertas siasatan berkaitan kejadian itu telah dilengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo Digital

KLC KARAKSESAK1 scaled 1

Kerajaan umum tol percuma dari 11 hingga 12 November 2023 sempena Deepavali

pelawak tak bayar gaji bubble bee

Rangkaian restoran milik pelawak didakwa lambat bayar gaji, cuai caruman KWSP