Kadar pelajar yang gagal sangat tinggi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar pendidikan, mendorong kerajaan untuk mengembalikan semula penilaian berasaskan peperiksaan.
Dr Anuar Ahmad, pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, menekankan kesan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), dengan menyatakan bahawa ketiadaan penilaian penanda aras ini boleh memberi kesan buruk kepada persediaan pelajar untuk SPM itu.
Tular juga sebuah hantaran dari seorang wanita sebuah sekolah, yang berasa kesal dengan jumlah pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM lepas.
“Di mana silapnya? Sedangkan markah lulus terlalu rendah. Untuk BM ada 4 kertas/100 Bahkan pelbagai soalan KBAT diwujudkan untuk membantu mereka. Begitu juga dengan subjek sejarah,” katanya.
Guru wanita ini juga merungkai punca permasalahan tersebut.“Salah satu punca pelajar boleh membaca tapi tidak boleh mengeja. Dan paling teruk tidak tahu membaca dan mengeja waima sudah tingkatan 5. Salah siapa??? Selebihnya, mungkin sudah tidak berminat untuk belajar,” katanya.
Guru wanita itu turut melahirkan kebimbangan mengenai ketidakupayaan pelajar untuk lulus walaupun terdapat soalan KBAT dan menggesa pengembalian semula sukatan pelajaran sekolah rendah, mencadangkan bahawa perubahan kepada kurikulum mungkin menjejaskan kesediaan pelajar untuk peperiksaan SPM.
“Di mana silapnya? Sedangkan markah lulus terlalu rendah. Untuk BM ada 4 kertas/100 Bahkan pelbagai soalan KBAT diwujudkan untuk membantu mereka. Begitu juga dengan subjek sejarah,” katanya.
Guru wanita ini juga merungkai punca permasalahan tersebut.“Salah satu punca pelajar boleh membaca tapi tidak boleh mengeja. Dan paling teruk tidak tahu membaca dan mengeja waima sudah tingkatan 5. Salah siapa??? Selebihnya, mungkin sudah tidak berminat untuk belajar,” katanya.
Katanya lagi bermacam-macam cara sudah dilakukan untuk membantu para pelajar.“Kami nak ajar membaca budak sekolah menengah? Pernah buat gaisss. Satu petikan dia nak baca habis satu jam habis pelajar lain? Aku nak letak mana? Ini yang merangkak. Yang lansung tak tahu aku nak ajar ba ni be bo bu ba bi,” katanya.
Kebimbangan ini menyerlahkan keperluan untuk penilaian menyeluruh sistem pendidikan, termasuk reka bentuk kurikulum dan strategi penilaian, untuk memastikan pelajar menerima sokongan yang mencukupi dan bersedia untuk perjalanan akademik mereka.
“Kembalikanlah silibus sekolah rendah tu.3 tahun pertama ajar kuasai 3M. Jangan masukkan silibus merepek. Bagi anak-anak gembira sekolah. Hafal abc, mengeja suku kata macam kita dulu-dulu. Hafal sifir tak perlu kalkulator.
“Jangan matikan keinginan anak-anak belajar. Jangan letak tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa sekarang struggle cari duit untuk kos hidup yang semakin meningkat, nak luangkan masa mengajar anak, agar sukar apatah lagi silibus entah apa-apa.
“Ibu bapa juga sangat berharap dengan kita. Guru-guru untuk memandaikan anak mereka. Ajar anak, didik anak. Kerja kita guru-guru, cuma kita sebagai guru, kita perlukan pengertian dari pihak atasan,” tulisnya.
Sumber: Facebook