Sebuah sekolah di Shah Alam mendapat pujian di media sosial kerana sikap murni mereka menganugerahkan seorang tukang sapu sebagai mengiktiraf dedikasinya yang telah lama berkhidmat.
Dalam video yang dihantar di platform TikTok oleh pengguna @brader_bear, tukang sapu yang sudah bertahun-tahun lama berkhidmat di sekolah tersebut dilihat menerima anugerah daripada pihak pengurusan sekolah semasa majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan sekolah itu.
@brader_bear #penutupmerdeka2023 #merdeka66tahun ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir
Video itu menjadi tular, dengan ramai netizen memuji sekolah itu kerana inklusif dan menghargai semua pekerjanya, tanpa mengira pangkat atau kedudukan mereka.
“Dia cukup ringan tulang kalau minta bantuan sebab itu dia disayangi di sini. Seronok dia dapat anugerah. Terima kasih sebab banyak membantu sekolah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Satu detik yang sangat menyentuh hati dalam video menunjukkan tukang sapu meluangkan masa untuk mengutip sampah dari tangga pentas sebelum menerima anugerahnya.
“Memang best pakcik, masa nak naik pentas pun ada masa kutip sampah dan letak dalam poket. Tahniah kepada pihak sekolah kerana menghargai,” kata pengguna Emy.
Inisiatif pihak sekolah bahawa semua orang berhak untuk dihargai, tanpa mengira jawatan atau status sosial mereka patut dicontohi oleh pihak sekolah lain. Ia juga sebagai tanda bahawa kita semua harus belajar untuk menghormati dan menghargai sumbangan orang lain, tidak kira besar atau kecil usaha mereka.
Sumber: TikTok